fbpx

Misha Omar Tegur Orang Kelantan Cuba Rentas Negeri

Semalam tular berita apabila 1,000 kenderaan ditahan atas cubaan merentas negeri masuk ke Kelantan sebelum diarah untuk berpatah balik.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Misha Omar yang tampil menegur khususnya buat rakyat Pantai Timur yang membuat percubaan untuk merentas negeri.

BACA: Tak Simpan Dendam, Misha Omar Tarik Balik Laporan Polis

Menerusi perkongsian di muat naik di Instagram itu, Misha turut menegur menggunakan dialek Kelantan supaya lebih sampai dengan rakyat Pantai Timur.

Misha turut menterjemahkan dialek Kelantan dalam Bahasa Malaysia agar difahami oleh peminatnya lain tentang apa yang cuba disampaikannya.

“Eh kamu semua ni kenapa degil sangat? Macam buat-buat tak tahu je tak boleh rentas negeri dan daerah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Misha berkata dia juga rindukan ibunya yang berada di kampung, namun akur dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan aktiviti rentas negeri pada Aidilfitri kali ini.

“U ingat u sorang je ke yg rindu your parents? I pun sama ok? Hari-hati i nangis sambil video call dengan mak i di kampung.. tak takut ke tengok angka kes positive covid setiap hari tu abang-abang & kakak-kakak? Ehhh gerammmm lahh kita..cubit kangggg,” tulisnya lagi.