fbpx

Misha Omar Sahkan Bakal Bernikah Mei Ini

Dalam satu sidang media yang diadakan di Bandar Utama petang tadi, Misha Omar yang hadir bersama tunangnya Firos Ezzwan Rosly mengumumkan yang mereka bakal bernikah pada Mei 2014 nanti.

Misha Omar menjelaskan yang mereka memilih bulan Mei kerana ingin mendapatkan keberkatan bulan Rejab yang kebetulan jatuh pada bulan kelima dalam kalendar Masihi itu.

Laporan mStar Online menyebut bahawa Misha Omar mengambil keputusan untuk menjalankan majlis pernikahan & resepsi secara serentak di Kota Bahru, Kelantan dalam suasana penuh sederhana.