Misha Omar Mulakan Rawatan Kesuburan, Harap Dapat Anak Perempuan
Selepas lima tahun menanti, penyanyi Misha Omar memberitahu dia sudah pun memulakan rawatan kesuburan untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Menurutn Misha, dia juga mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sakit puan yang juga kenalannya sebagai langkah persiapan awal.
BACA: Misha Omar Tegur Orang Kelantan Cuba Rentas Negeri
Katanya lagi, dia sudah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.
“Seperti yang semua orang tahu, saya tengah berusaha untuk mendapatkan ahli keluarga baru sejak tahun lalu lagi. Tahun ini lebih serius dan saya sedar di usia sekarang kena lebih rapi persiapannya,” katanya.
Ditanya mengenai perkongsian tanda pagar #MenjejakKhadeja di Instagram, Misha berkata ianya sebagai pembakar semangar untuk mendapatkan anak perempuan pula.
“Hashtag itu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan. Kenapa Khadeja? Sebab saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan baby girl,” katanya.
Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir,15. Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa kini berusia lima tahun.
- SUMBER
- mStar Online
Aduhduh berharapnya awak utk anak perempuan.moga2 dpt dihajati. Klu IVF, blh la pilih jantina. So, misi mendptkan anak perempuan senang la ckit, siap hashtag bagai.
Kalau natural way, x berani nak hashtag. Tak blh pilih jantina. Kot dpt anak laki, kecik hati anak tu bila tau sejarah pencarian anak perempuan.
Bang ivf pn xbleh pilih jantina ler
ooo…baru tau ivf xleh pilih jantina rupenyer..all this while ingatkan boleh
@peminat biase saper ckp tk boleh milih?? Tpi di mlysia tk diglakkn! Dinegara luar bnyak yg dh buat!
Boleh aja pilih… cuma parents perlu bagitau teringin anak apa..boy or girl …then doktor paham, maka pemilihan jantina boleh dibuat. nak kembar sepasang pun boleh. Ada duit berkepok bolehlah. Tapi yg susah peknen digalakkan embrio girl dulu, then baru pilih boy, hosp pun nk untung juga.
Ivf mmg boleh pilih kalaucdari segi perubatan tp dari segi etika n juga apa yg dipraktikkan hosp n doctor kat Malaysia ni mmg polisi hosp tak dibenarkan pilih. Dia akan collect telur n senyawakan dlm tabung uji masukkan secara random telur yg dah disenyawakan tu ke dlm rahim ibu. Then kalau nak tau dpt girl ke boy paling awal dlm 2-3 bulan kandungan doc akan ambil darah si ibu utk chek chromosom baby. Test ni utk tengok any chromosom defect ke tak pada baby tp at the same time boleh jugak detect jantina .