fbpx

Misha Omar Henti Rawatan Kesuburan, Bimbang Tak Boleh Nyanyi Ketika Hamil

Penyanyi Misha Omar memaklumkan dia membuat keputusan untuk menghentikan rawatan kesuburan bagi mendapatkan cahaya mata untuk memberi tumpuan pada konsert.

Mahu menjaga reputasi dan peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya, Misha berkata dia bimbang jika tidak dapat memberikan persembahan terbaik dalam keadaan hamil.

BACA: Misha Omar Mulakan Rawatan Kesuburan, Harap Dapat Anak Perempuan

“Ikutkan rawatan tersebut dah separuh jalan pun tapi tiba-tiba dapat tahu konsert dah boleh diadakan. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti rawatan bagi beri tumpuan kepada konsert.

“Saya tak risau pasal mengandung cuma ia melibatkan reputasi saya. Kalau saya mengandung dan boleh menyanyi, tak apa la…tapi fasa hamil setiap wanita berbeza. Mana tahu saya mengandung tapi tak boleh nak menyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, Misha berkata suaminya sanggat memahami mengenai keputusannya untuk meneruskoan konsert berbanding kehamilannya.

“Suami sangat baik sekali. Dia tahun kecintaan saya pada dia, sama besar dengan kecintaan saya terhadap seni. Dia tiada masalah dan menyokong saya supaya fokus satu persatu urusan. Dia tak nak saya mengandng sambil buat kerja berat,” katanya.

Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada Mei 2014, pasangan itu dikurniakan cahaya mata Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun. Misha turut mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir kini berusia 15 tahun.