Mira Filzah Tak Sorok Kalau Hamil, Nak Bulan Madu Ke Eropah Sebulan Dengan Suami
Baru-baru ini hangat mengenai desas desus mengatakan pelakon dan pengacara Mira Filzah kini berbadan dua apabila ada peminat mendakwa terlihat baby bump.
Mira berkata dia memahami bahawa ramai peminat teruja untuk melihatnya memiliki cahaya mata, namun jika benar ada berita gembira dia tidak akan sorok.
BACA: Peminat Nampak Baby Bump, Mira Filzah Hamil?
“Setiap pasangan yang berkahwin pastilah mahukan zuriat. Gosip mengenai kehamilan sebelum ini pun pernah bertebaran apabila ada yang tengok baju yang saya pakai dan muat naik di media sosial, dari sisi kononnya nampak macam saya sedang mengandung.
“Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini. Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok,” katanya.
Dalam pada itu, Mira berkata dia tidak berkecil hati dengan spekulasi serta penyebaran video ‘baby bump’ yang dibuat oleh peminat dan menganggap ianya sebagai satu doa.
“Tak tersinggung pun. Sebagai selebriti mestilah peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham. Tak apa, anggap saja kata-kata mereka itu sebagai doa… sampai waktu tepat saya akan umumkan,” katanya.
Sementara itu, Mira memalumkan dia merancang untuk bercuti di Eropah selama sebulan bagi berbulan madu dan berehat bersama suaminya, Wan Emir Astar bermula pada minggu hadapan.
“Semenjak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka.
“Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
bagus pasangan ini. tak mcm.si lopak sama pencetus langgar sop.
dari kawin, bulan madu sampai hamil semua langgar sop dan membohong, menipu kesian anak.tu terjadi dari hasil ibubapanya penipu,pembohong melanggar undang2 takut perangai pun begitu. terus harimau ketawa
Lantak engko ler labuuu nak berbulan madu sebulan ke setahun ke kau tak mendatangkan faedah pada tanah air pun. Syok la hidup kaya oh yela mak mertua menteri kan life pun tak habis2 nak flex kemewahan pakai branded bags and all. Ntah apa sumbangan pada rakyat pun taktau selfie je kerjanya tipikal menteri2 bodoh melayu. Sama bodoh anak beranak ipar duai