fbpx

Mira Filzah Sedih Tinggal Anak, Masa Tonton Wayang Pun Tengok Gambar Amir

Selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Mei lalu, pejam celik sudah hampir dua bulan pelakon Mira Filzah bergelar ibu kepada puteranya, Wan Khair Amir.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menjawab pertanyaan daripada peminat bila pelakon itu ingin kembali ke set penggambaran, Mira berkata dia tidak kisah kembali awal ke set jika menerima naskah yang bagus.

BACA: Anak Selamat Disunatkan, Mira Filzah Menangis

“Bila anda akan memulakan penggambaran semula? Sangat merindui awak,” tanya seorang peminat.

Bagaimanapun, Mira berkata buat masa ini tidak mudah baginya untuk meninggalkan anaknya apatah lagi kerjaya sebagai pelakon mengambil masa panjang dan ada masanya berbulan.

“Sebenarnya kalau ada naskhah yang betul-betul bagus dan menarik, saya tidak kisah untuk mula pengambaran awal.

“Semalam keluar menonton Mat Kilau pun mata asyik melihat jam dan gambar Amir di skrin telefon sahaja. Rasa sedih tinggal dia padahal pergi tengok wayang sahaja.

“Hm itu lah. Nak tinggalkan Amir untuk kerja dua ke tiga bulan bukan senang. Baru faham perasaan yang baru bergelar ibu,” katanya.

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Syawal lalu.