Perkongsian pelakon dan pengacara Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar menjadi perhatian ramai apabila memaklumkan putera sulung mereka, Wan Khair Amir selamat berkhatan di usia sebulan.
Menerusi entri itu, pasangan itu meluahkan rasa bangga dengan anak mereka yang tenang ketika menjalani proses tersebut.
BACA: Cantik Lepas Bersalin, Mira Filzah Dipuji Macam Bidadari Syurga
View this post on Instagram
Wan Emir berkata dia tidak menangis sebaliknya ngilu namun isterinya menangis sebaik sahaja melihat anak mereka menangis.
“Papa dan Mama sangat bangga yang kamu pandai membawa diri dengan baik semasa sunat/khatan! Mama menangis apabila mendengar kamu menangis pada awalnya itu. Papa tak menangis, tapi ngilu.
“Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap. Senang Dr nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan sudah lepas, bawah pun sudah lepas.. you’re a cool baby,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan syukur kerana anak sulung pasangan itu selamat berkhatan serta ramai mengatakan sunat ketika bayi mudah untuk dijaga.
Mira Filzah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu.