fbpx

Mira Filzah Rancang Nama Anak Bermula Dengan Huruf ‘W’

Meskipun baru sahaja sebulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar sudah bersiap sedia dengan nama anak yang bakal dilahirkan nanti.

Menjawab soalan daripada peminat yang bertanyakan pangkal huruf yang akan diberikan kepada bakal anak pelakon itu kelak. Mira mendedahkan dia merancang untuk menamakan anaknya dengan pangkal W.

BACA: Gigih Cari Resepi Di Internet, Mira Filzah Rajin Masak Demi Suami

“Sudah pastinya nama bayi kami akan bermula dengan huruf ‘W’. Insya-Allah, semua nama anak saya dan Wan Emir (Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar) akan bermula dengan huruf ‘W’,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Mira turut turut menyenaraikan beberapa nama pilihannya untuk bayi mereka. Melihatkan perkongsian nama itu, tata-rata netizen berpendapat Mira Filzah impikan cahaya mata perempuan.

“Wan Namiera, Wan Naiela, Wan itu dan Wan ini,” katanya.

Terdahulu, Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd. Yazid diijabkabulkan pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan