fbpx

Mira Filzah Nak Bersalin Normal

Bakal bergelar ibu dan menimang cahaya mata sulung pada awal Mei, pelakon Mira Filzah berharap dapat bersalin secara normal.

Memetik Oh Bulan! Mira berkata dia sebolehnya mahu merasai sendiri pengalaman bersalin normal, namun akur jika terpaksa melalui proses pembedahan.

BACA: Mula Sakit Belakang & Kaki Bengkak, Mira Filzah Hitung Hari Bersalin

“Saya berhasrat melahirkan anak secara normal. Tetapi, iyalah, semuanya bergantung kepada keadaan. Kita tengok pilihan mana yang okay nanti.

“Jika diikutkan, saya akan lengkap trimester ketiga kehamilan pada pertengahan bulan depan. Namun, ikut jangkaan, saya akan bersalin pada awal Mei.

“Jadi, apa-apa pun, saya kena bersedia termasuk dalam aspek persiapan mental dan fizikal sepanjang fasa akhir kehamilan dan melahirkan anak,” katanya.

Dalam pada itu, Mira berkata dia dan suami akan berkongsikan jantina dan nama anak selepas bersalin. Ujarnya lagi, dia juga tidak mengadakan majlis baby shower.

“Cuma belum diputuskan nama yang akan dipilih. Insya-Allah, nama dan jantina anak akan dimaklumkan selepas saya bersalin.

“Majlis mengalu-alukan kehadirannya seperti ‘baby shower’ pun tidak dibuat secara khusus. Lebih kepada sesi makan dan santai bersama kawan-kawan dan keluarga,” katanya.

Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.