Usia kandungan sudah memasuki lapan bulan dan bakal melahirkan pada awal Mei depan, pelakon Mira Filzah sedang menanti momen terindah melahirkan cahaya mata sulungnya itu.

Memetik Kosmo, Mira berkata meskipun dalam tempoh kehamilan namun dia tetap bekerja namun kebanyakannya hanya melibatkan komitmen dan kerja-kerja bersama produk.


BACA: Mira Filzah Nak Bersalin Normal

“Buat masa sekarang, tiada apa sangat pun sebab saya tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran. Cuma, saya sedang siapkan kerja-kerja fotografi melibatkan beberapa jenama. Saya terpaksa habiskan sepanjang Februari dan Mac sebab nak selesaikan semuanya sebelum cuti bersalin kelak,” katanya.

Berkongsikan pengalaman kehamilan pertamanya, Mira berkata dia turut melalui simptom lazim yang dirasai ibu-ibu hamil lain antaranya sakit belakang dan bengkak kaki.

Sementara itu, suaminya Wan Emir Astar berkata meskipun isterinya sedang sarat hamil namun masih gagah bekerja dari siang hingga ke alam.


Mengakui bimbang, namun dia sangat mengagumi semangat isterinya yang masih kuat bekerja walaupun dalam fasa trimester terakhir kehamilan.

“Memang risau dia bekerja dalam keadaan sarat, tapi bila balik rumah, dia minta saya urut. Bila dia keluar, nampak ‘steady’. Dia ‘iron lady’ ketika bekerja tetapi di rumah, manja sikit. Sebenarnya saya terkejut juga dia masih gagah tapi Mira memang seorang yang rajin bekerja,” kata Emir.