fbpx

Mira Filzah Dedah Pilih Nama Anak Guna Apps

Selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Mei lalu, pejam celik sudah hampir tiga bulan pelakon Mira Filzah bergelar ibu kepada puteranya, Wan Khair Amir.

Baru-baru ini, Mira ada memuat naik satu perkongsian dimana mendedahkan dia dan suami mencari nama anak sulungnya itu menerusi sebuah aplikasi fitur Tarteel e-Quran.

BACA: Mira Filzah Sedih Tinggal Anak, Masa Tonton Wayang Pun Tengok Gambar Amir

Aplikasi ini boleh dijadikan panduan buat ibu hamil diluar sana mencari nama anak. Mira berkongsikan nama Khair banyak terkandung di dalam surah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’. Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah.

“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya.

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Syawal lalu.