fbpx

Mira Filzah Bercinta Dengan Anak Ahli Parlimen?

Sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang sekaligus menimbulkan spekulasi netizen siapa gerangan jejaka bertuah itu. Namun, Mira tegas dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan identiti jejaka tersebut.

Terbaru, timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini. Menurut sumber, jejaka itu dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen.

BACA: Mira Filzah Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

Malah, identiti jejaka yang berjaya mencuri hati pelakon itu juga telah diketahui apabila pasangan ini buat pertama kalinya muncul di hadapan khalayak ramai di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah semalam.

Pelbagai spekulasi timbul mengenai identiti jejaka tersebut, namun Mira memilih untuk mengunci mulut. Ujarnya lagi, dia perlu menghormati pemintaan kedua-dua belah keluarga.

“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan jejaka itu dikenali sebagai Wan Emir merupakan seorang Arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada seorang Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Menurut sumber, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.