fbpx

Mira Filzah Akui Lebih Gemar Dirinya Dipanggil ‘Puan Amirah’

Sejak mendirikan rumah tangga September lalu, rumah tangga pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah sering menjadi tumpuan ramai dan sering menjadi perbualan. Malah, Mira juga tidak lokek berkongsikan momennya dengan suami di laman YouTube mereka.

Baru-baru ini menerusi Instagram, Mira ada memuat naik fotonya memakai kebaya merah. Namun apa yang menjadi perhatian Mira berkata dia gemar disapa sebagai ‘Puan’.

BACA: Mira Filzah Tak Rancang Bila Nak Hamil, Serah Pada Rezeki

Menerusi entri itu, Mira mengakui gemar disapa dengan gelaran Puan Amirah kerana rasa lebih dihargai dengan panggilan tersebut.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Mira yang tetap cantik dan semakin berseri-seri sejak bergelar isteri kepada Wan Emir Astar.

Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd. Yazid diijabkabulkan pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan.