fbpx

Minta Alih Kaki Punca Shidee, Abang Ipar Bergaduh

Penyanyi era 80-an Shidee tampil menjelaskan punca sebenar pergaduhan melibatkan dirinya dengan abang ipar di rumah ibu mentuanya pada 24 Mac lalu berpunca apabila diminta mengalihkan kaki.

Memetik mStar Online, Shidee berkata abang iparnya meminta dia mengalihkan kakinya namun dia mempersoalkan mengapa dia perlu berbuat demikian kerana dia tidak merasakan kakinya menghalang laluan.

BACA: Pengurus Sahkan Shidee Ditahan Polis, Didakwa Pukul Abang Ipar

Menurut Shidee, ketia itu dia sedang duduk menghafal lagu dan berlaku pertengkaran antara mereka dan berlaku tolak menolak pada malam tersebut.

“Saya tanya dia kenapa saya kena alih kaki sedangkan dia boleh jalan? Dia masuk bilik air sambil merungut, apabila keluar dia marah-marah saya tanpa tahu puncanya. Berlaku pertengkaran malam itu, ada tolak menolak juga tapi habis malam itu,” katanya.

Sementara itu, Shidee berkata dia tidak sedar apa berlaku ketika mereka bergaduh namun hadir ke Balai Polis Sungai Besi untuk membantu siasatan selepas abang iparnya membuat laporan.

“Ketika bergaduh saya tak sedar apa berlaku, luka ke, patah, saya tak tahu. Saya pun tak ingat apa-apa. Saya pergi ke balai polis untuk beri kenyataan dan memang berlaku pergaduhan. Saya direman dua hari untuk siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Shidee menganggap kejadian itu sebagai ujian sambil serta menepis dakwaan mengatakan dia seorang yang panas baran dan dia sedia untuk berdamai dengan abang iparnya.

SUMBER: mStar Online