fbpx

Mimi One Nation Emcee Bakal Sanding 7 November Ini

Suami kepada penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mohd Firdaus, melalui portal Media Hiburan memberitahu bahawa dia dan juga isterinya, Mimi akan melangsungkan majlis persandingan pada 7 November ini.

BACA: Mimi (ONE) Akui Sudah Nikah Mei Lalu Atas Permintaan Ayah

“Pada awalnya, tema yang kami pilih adalah ‘Teater Bangsawan’ dengan konsep ala Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah. Walaubagaimanapun, konsep tersebut rasanya sedikit berat buat para tetamu kerana nanti, sukar untuk mereka mencari pakaian yang sesuai”

“Jadi, saya dan Mimi memilih tema ‘Wedding Anak Kampung’ yang lebih ringan dan sudah ada pada diri orang-orang Melayu. Tema ini juga dekat dengan konsep yang Mimi bawakan. Tetamu pun tidak perlu pening kepala untuk bergaya”

“Lain-lain, rasanya tidak ada masalah. Alhamdulillah, untuk pelamin, kami menerima tajaan dari Wedding by Emma. Pakaian pula untuk lelaki direka oleh Fifie, seorang pensyarah dari UiTM manakala untuk Mimi pula rekaan Salikin Sidek,” jelas suami kepada Mimi itu lagi.

Pasangan ini telah bertunang pada Mei 2014 dan diijabkabulkan pada 16 Mei 2015 di kediaman keluarga Mimi yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Selain itu, Mimi juga dikhabarkan akan mengadakan persembahan bersama anggota-anggota One Nation Emcees yang lain ketika majlis persandingan itu. (rtky/s)