fbpx

Syafiq Kyle Bagi Mimi Lana Kek Brownies Sempena Hari Jadi

Selepas majlis pernikahan pada 18 Ogos lalu dibatalkan, status hubungan antara pelakon Syafiq Kyle dan aktres Mimi Lana masih lagi menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun baru-baru ini tular video memaparkan Syafiq dan Mimi keluar bersama sekaligus memberi bayangan hubungan mereka masih baik.

BACA: Syafiq Kyle & Mimi Lana Keluar Bersama, Cinta Bertaut Kembali?

Terbaru, menerusi Insta Story, Mimi dilihat ada memuat naik video menerima kek brownies daripada Syafiq sempena hari lahirnya.

Mimi turut mengucapkan terima kasih buat Syafiq kerana gigih membuatkan kek berkenaan sebelum dia menjalani penggambaran di luar kawasan.

“Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum shooting jauh-jauh. Tak sabar nak makan,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Mimi turut berkongsikan kek brownies yang diterimanya dalam kotak berwarna utih serta ucapan yang ditulis oleh Syafiq pada kotak berkenaan.

Sebelum ini tular video di TikTok memaparkan Syafiq dan Mimi didakwa dilihat keluar makan bersama-sama di sebuah kedai.