fbpx

Mimi Fly Kesal Teman Lelaki Digelar Negro

Selepas lima tahun menjanda, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki kulit hitam yang  juga merupakan seorang doktor pakar tulang belakang.

Memetik mStar Online, Mimi bagaimanapun meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak menggelarkan kekasihnya sebagai Negro kerana ianya boleh mencetuskan pergaduhan.

BACA: Mimi Fly Mengaku Bercinta Dengan Lelaki Kulit Hitam

“Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan negro itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap sebagai tidak menghormati.

“Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman African-American dijadikan hamba. Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah,” katanya.

Mimi meluahkan rasa kesalnya itu apabila sebuah akhbar tempatan mengelar teman lelakinya sebagai ‘negro’ pada tajuk artikel terbabit.

Dalam pada itu, Mimi turut bimbang jika gelaran tersebut membuatkan teman lelaki dan ahli keluarganya terasa hati serta memberi persepsi buruk terhadap rakyat Malaysia.

“Keluarga dan rakan-rakannya dapat menerima saya dengan baik dan saya harap dapat melakukan perkara saya. Saya bersyukur mereka melayan saya dengan baik ketika berjumpa di sana.

“Saya berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab,” katanya.