Kalau dah cantik, sudah pasti akan menjadi rebutan ramai jejaka. Baru-baru ini, ada netizen menyatakan hasrat untuk meminang pelakon Amelia Henderson.

Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, Amelia dilihat memakai jubah mandi kemudian bertukar memakai gaun seksi.


BACA: Amelia Henderson Bagi Hint Sudah Berpisah Dengan Aedy Ashraf?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? (@ameliath)

Bagaimanapun, Amelia membalas secara bersahaja selepas diusik oleh individu itu di ruangan komen sekaligu menjadi perhatian ramai.

Amelia berkata jika lelaki itu seorang berstatus jutawan, belum tentu dapat menawan atau memenangi hatinya.


Bukan setakat itu, Amelia dilihat memuat naik semula komennya itu menerusi Twitter dengan kapsyen wanita bukan objek untuk dijual beli.

Perkongsian Amelia itu mendapat pelbagai reaksi daripada anetizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu. Kata netizen lagi, tidak semua perempuan mengejar duit semata-mata, ada yang mencari cinta sejati dan keikhlasan.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila hubungannya dengan Aedy Ashraf dikatakan sudah berakhir selepas kedua mereka memuat naik perkongsian sedih di laman Twitter.