fbpx

Mila Jirin Lancarkan Lagu Inggeris, Terbitkan Album Penuh Tahun Hadapan

Kenapa hari ini kurang entri di Rotikaya? Sebab editor dalam mood malas paling ekstrim sejak kematian Kim Jong Il. RIP.

Dunia hiburan kita semakin hari semakin meriah nampaknya dengan kehadiran lagu lagu baru berbahasa Inggeris sebagai satu kelainan untuk kita.

Yuna & Zee Avi bukan asing lagi dalam mendendangkan lagu seperti ini dan kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza dengan album Inggeris sendiri baru baru ini juga tidak mengecewakan peminat beliau.

Terbaru, Mila Jirin telah melancarkan sebuah single berbahasa Inggeris dengan tajuk Breakdown yang telah pun berada di Youtube lebih 24 jam. Khabarnya, ini merupakan single pertama dari 10 buah lagu yang akan di’muatkan dalam album terbaru Mila Jirin nanti.

Album ini adalah kerjasama syarikat rakaman Mila Jirin sendiri iaitu MJ Panacea Records bersama BGM Music Records. Lagu terbaru Mila Jirin berjudul Breakdown selepas ini dan akan berada di iTunes tidak lama lagi.