fbpx

Mila Jirin Keguguran, Sering Doa Dapat Cahaya Mata

Tidak mahu terus bersedih di atas perkara yang terjadi, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelima iaitu Mila Jirin mengakui redha apabila dirinya keguguran pada Ramadan lalu.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: Di Sekitar Majlis Persandingan Mila Jirin Dan Suami

“Saya anggap bukan rezeki kami lagi menambah ahli keluarga, justeru reda berdepan suratan ini. Mungkin disebabkan saya terlalu aktif. Apa pun kami tidak berputus asa dan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata secepat mungkin,” jelasnya kepada BH Online.

Percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, Mila dalam masa yang sama turut memberikan perhatian kepada perjalanan hidupnya yang kini lebih terarah kepada dunia perniagaan.

“Sejujurnya dunia nyanyian sudah jatuh nombor dua dalam kamus hidup saya. Ikutkan memang rindu mahu menyanyi tetapi bergelar anak seni bukan semudah yang disangka,” katanya. Apa pun, semoga Mila sentiasa kuat dalam menghadapi ujian yang mendatang. (rtky/s)