Mila Jirin Bengang Masakan Catering Difitnah Tak Sedap
Baru baru ini, kerajaan Malaysia ada memberikan cadangan yang tukang masak di Malaysia selepas ini akan menggunakan 100% tenaga kerja tempatan menggantikan pekerja asing yang semakin sinonim dengan dapur restoran di Malaysia.
Mila Jirin yang merupakan seorang selebriti dan ahli perniagaan yang terlibat dalam bidang catering dan restoran antara yang lantang mempersoalkan cadangan ini yang dilihat sebagai tidak adil kepada industri.
Salah seorang pengguna internet baru baru ini telah meninggalkan komen di sosial media mendakwa makanan tidak sedap dek kerana Mila Jirin menggunakan tukang masak Indonesia untuk syarikat catering perkahwinan beliau.
“Perhatian @suesharudin awak buat fitnah secara terbuka tentang chef di @bizmilla_catering. Untuk maklumat, chef kami di BIZMILLA semuanya orang Malaysia. Sejak awak dah fitnah secara terbuka, saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sebab awak dah mencemarkan nama syarikat saya”
“Jika tiada permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam, saya akan teruskan dengan tindakan undang-undang,” tulis Mila Jirin memberi amaran kepada individu tersebut.
Mila Jirin turut menegaskan yang beliau hanya menggunakan tenaga kerja asing untuk restoran masakan Thailand beliau dan beliau bersuara tentang keputusan kerajaan itu untuk kelangsungan operasi restoran tersebut. (rtky/m)
Tapi mmg pernah pg wedding kat bizmilla hall , makanan tak berapa sedap. Kami makan tak habis, slalu kalau kenduri kawin kami wajib makan habis. Harap mila dpt pertingkatkan kualiti makanan katering ?
Yup. pernah g wedding yang pakai servis bizmilla catering, deco and tempat cantik, tapi rasa makanan memang tak sedap.
Bukan x sedap la, tapi biasa-biasa je. x de rasa….Bizmilla hall one city subang
DAH MEMANG TAK SEDAP..KO PAKAI TUKANG MASAK INDON SBB NAK KAYA CEPAT..BYR TUKANG MASAK INDON MURAH..LAU CHEF MALAYSIA MINTAK 3000 KO KATA MAHAL SGT..INGAT KIJE TUKANG MASAK MUDAH KE???.
Hehe mmg pekerja dia ramai indon pun Kan, cuma X pasti la ketua chef siapa melayu ke bukan. Yg pasti indon pun masak memasak jugak Kan Di kebanyakkan restoran Di Malaysia ini . . Yg pasti Di hall milah ni X berapa Ada Rasa pun aka X sodap JD bila org Komen X sedap jgn kepentingan bagi lah sampai sedap hehehe
Dh try skali masa iftar tahun 2016. Mmg x sedap pon…
Mmg tak sedap… melampau.. kawan saya oder lain.. dia blh tukar pulak menu pd saat terakhir. Sepatut ayam goreng bermpah tp bg ayam msk merah. Dh siap buat tambahan mee soto tp takde.. duit ambil nasib kawan saya minta blk duit. Jemputan 700 tp kwn saya ambil utk 1,000 biar lbh tp baru kul 1 tgh lauk dh nk hbis. Majlis smpai kul 4. Blh bygkan 1 ekor ayam dia potong 22 ketul. Semua 65 ekor ayam. Tipu duit org jer dh lh tk sedap lgsung. Ikan oder tghari dh hbis apa punya katering ni. Tk prnah rasa masakn yg seteruk ni. Hati2 lah klu nk ambil bizzmillah ni