fbpx

Mila Jirin Akan Nikah Pengurus Sendiri Tahun Ini

Juara Akademi Fantasia musim kelima yang turut berkecimpung dalam dunia keusahawanan, Mila Jirin, bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Isz Mustapha yang juga merupakan pengurusnya sendiri.

BACA: Tampil Bertudung Penuh, Mila Jirin Dedah Bakal Bernikah Tahun Depan

“Memang kami merancang untuk berkahwin dalam tahun ini. Mungkin selepas raya. Nak cakap bila tu memang tidak dapat lagi. Saya dan bakal suami juga perlu menguruskan banyak perkara membabtikan selok belok agama seperti kursus kahwin dan menanti tarikh terbaik dari tok kadi”

“Apapun, dalam hal ini kami tidak mahu terburu-buru,” kata Mila yang turut mempunyai perniagaan katering, butik serta menguruskan restoran kepada BH Plus.

Menurut Mila, bibit cinta antara mereka berdua timbul setelah hubungan cinta dengan bekas kekasih terputus di tengah jalan malah Isz juga mengalami nasib yang sama. Bermula daripada keakraban tersebut, maka kini mereka sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

Semoga segala urusan Mila dan juga bakal suami dipermudahkan dan pastinya ramai peminat Mila yang sentiasa menyokong dan mendoakan kebahagiaan anda berdua. (rtky/s)