fbpx

Mierul Aiman Tak Tolak Rezeki Jadi Jurutera

Pelakon Mierul Aiman meluahkan rasa syukur impian untuk menggenggam ijazah tercapai selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan Mekanikal (kepujian).

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Memetik Xtra, Mierul menyifatkan ianya kejayaan terbesar buat dirinya dan hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya.

BACA: Peminat Minta Mierul Aiman Kongsi Tips Ketiak Licin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @mierulaiman

“Selepas lima tahun, Alhamdulillah ia perjalanan yang sangat panjang dan ‘liar’, pelbagai ujian, cabaran, senyuman segalanya tercapai melalui proses untuk menjadi pelajar.

“Gembira sebab akhirnya dapat berikan hadiah buat ibu bapa. Itu yang terbaik kerana dapat beri satu inspirasi dan membalas kebahagiaan yang mereka inginkan. Ia kejayaan terbesar saya,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 25 tahun itu berkata dia tidak menolak kerjaya sebagai jurutera serta menganggap ia sangat dekat di hatinya.

“Bergelar anak seni juga adalah satu impian, tetapi menjadi jurutera adalah misi saya dalam kerjaya. Saya rasa ia profesion yang sesuai dengan saya berbanding kerjaya lain.

“Walau apapun terjadi, saya berjanji kepada ibu bapa saya untuk habiskan pelajaran dan Alhamdulillah ia terhasil.

“Saya teringat balik sebelum saya menceburi bidang seni, saya berbaki satu semester sahaja lagi, namun saya perlu panjangkan semester saya kerana mahu sertai pertandingan Hero Remaja.

“Syukur ibu bapa saya memberi kepercayaan dan percaya semangat saya kepada bidang seni. Dalam masa sama tak mahu tinggalkan misi sebagai jurutera,” katanya.