fbpx

Miera Liyana Tidak Kisah Digelar Playgirl

Pelakon yang sinonim dengan watak-watak antagonis, Miera Liyana menjelaskan dia tidak kisah sekiranya dilabel sebagai seorang ‘playgirl’ kerana sifatnya yang suka bertukar-tukar teman lelaki. Bagaimanapun, dia menegaskan kini dia lebih selesa untuk berkawan sahaja kerana fokusnya lebih kepada kerjaya dan bisnes yang bakal diceburinya.

BACA: Belum Fikir Soal Kahwin, Miera Liyana Seronok Hidup Bujang

“Biarlah suka hati sayalah, saya dah 24 tahun masa ini lah, saya nak playgirl,” katanya sambil berseloroh.

Miera yang dahulunya pernah dikaitkan bercinta dengan seorang anak VVIP menjelaskan hubungannya telah berakhir. Pun begitu, mereka masih lagi berkawan rapat.

“Saya dengan dia dah tak ada apa-apa lagi, tapi kami masih berkawan. Dia pun akan datang untuk melihat persembahan teater lakonan saya. Buat masa sekarang saya lebih selesa untuk berkawan daripda cinta”

“Lagipun sekarang ini saya tak mencari, orang kata kalau mencari sangat cinta tu takkan datang. Tapi kalau dah ada seseorang saya akan bagitahu,” katanya yang ditemui di majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK 2017). (rtky/h)