Menerusi entri terbaru, Micheal Ang meluahkan rasa geram dengan kenyataan bodoh ‘seseorang’ yang memaklumkan imannya mula goyang apabila tindakannya berhijrah dan memakai tudung dikecam orang ramai.
BACA: “Saya Akui Memang On Off Berhijab, Iman Goyang”
Ramai mendakwa rakaman video itu ditujukan khas buat bekas finalis Dewi Remaja, Ernisha yang baru-baru ini memberikan ‘alasan’ tersebut mengapa beliau bertindak membuka tudung dan berpakaian sekdi di kelab malam.
Menurut Mike, alasan tersebut terlalu bodoh untuk digunakan kerana baginya tiada orang yang akan menghina seseorang jika dia bertudung, malah lagi rasa bersyukur jika seseorang itu sudah berhijrah.
Dalam masa sama, Mike meminta Ernisha supaya tidak memberikan alasan-alasan bodoh demi untuk menutup insiden mabuk di kelab malam. Pesan Mike lagi, Ernisha hanya perlu berdiam diri.
Di ruangan komen pula, ramai bersetuju dengan pendapat Mike dan nasihat yang diberikan. Ada juga mendakwa Ernisha patut malu dengan pendapat Mike sebagai orang bukan Islam tetapi lebih memahami dan menghormati Islam. (rtky/w)