"Saya Cuma Kasihankan Fathia Latiff"
Dimaki kerana bersuara mempertahankan Aiman Hakim baru-baru ini, Micheal Ang tidak ambil hati dimaki oleh Fathia Latiff. Jelas Micheal, tindakannya hanyalah untuk menegur pelakon itu supaya tidak mengaibkan orang lain.
BACA: Fathia Latiff, Zarina Anjoulie Putus Kawan?
“Saya menyatakan kalau betullah Aiman berhutang, sebaiknya ia dituntut depan-depan dan tidak perlulah mengaibkan pelakon itu di sosial media. Bagaimanapun saya teringat kembali memang dia ada buat skim pelaburan”
“Dia mengajak saya melabur dalam skim itu dan saya percaya Fathia pun turut melabur. Kalau membabitkan skim pelaburan, bermakna ia bukanlah hutang kerana kalau dia mahu jual ‘share’, cakaplah dengan jelas”
“Lagipun setahu saya pasaran saham terbabit tidak bagus dalam situasi sekarang dan berapa saja dia boleh dapat balik kalau dijual kembali. Jujur saya sedikit pun tidak ambil hati dengan kutukan Fathia,” jelasnya.
Tambah Micheal, beliau kasihan melihat Fathia yang memiliki rupa dan bakat namun dipersiakan dengan kontroversi seperti ini. Mungkin benar kata Micheal, Fathia perlu bangkit semula memperbetulkan diri. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
Dulu drama2 ko pun hot nyah, tp skang nape suam2 jek. Dah abis idea ke???
Kt Msia ni penonton kita ni kemaruk yg x boleh nk ramal taste dia. Kdg2 org suka satu plakon atau pasangan tu, tu jek mrk nk tngk. Lps tu bila haters serang utk jatuhkan pelakon2 tu tempias dia mkn masa balik nk recover utk cipta “fenomena” seterusnya. Skang org kemaruk jap dgn fenomena HKL dan Munafik 2 tp filem2 lain kt panggung walaupun bgus dan spptnya dpt kutipan yg box office jugak tp gagal bersaing. Sbb tu mmg susah ko nk jangka taste market penonton melayu ni!
Filem Paskal lakonan Hairul Azreen katanya bgus, action pack dia lg gempak KLSF dgn Police Evo. Tp promosi mcm slow jek aku tngk
Fatiha x perlu simpati sesapa laa Mike she’s a grown women, kalo kawin dah beranak pun. By the way aku pelik dgn media prima punya drama dlm sbln dua ni smua drama asyik dgn kisah tema poligami. Dah kenapa stesen2 tv ni xde idea lain ke kisah cinta kasih sayang based on family values ni luas sangat2. Tp pengarah, penerbit, penulis skrip kita ni bongok dan stereotypes yg amat2 sngt. P.Ramlee tu xde degree pun tp karya2 dia sentuh semua lapisan msykt dlm hidup kita sehari2. Zmn makin canggih drama tv dan telemovie beribu2 bole kita tonton di online tp kepala otak pengkarya kita masih dlm tong kosong yg sama. Hampeh tul…
Well said.thumbs [email protected] Ku pun nk ckp benda yg sama.mcm desperate sgt dh rupanya masyarakat kita ni..tp yg pliknya mak jemah tetap pnonton setia…market hot so nilah pluang buat duit….bkn xda modal or idea tp taste mak jemah xleh mnerima yg lain.