fbpx

Michael Ang Nasihat Beli Rumah Sebelum Usia 28, Tak Kisah Flat Je Pun

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pengarah dan penerbit Michael Ang menasihatkan golongan muda supaya merancang masa depan serta memiliki rumah sebelum usia 28 tahun.

Kata Michael lagi, tidak kisah jika rumah yang dibeli adalah rumah flat. Malah, Michael turut mengatakan dia juga hanya duduk rumah flat.

BACA: Iqbal Kecewa Michael Ang Samakan Suaranya Dengan ‘Pondan Pencen’

“Tolong rancang untuk kehidupan, sebelum 28 tahun mesti ada rumah tak kisah la kalau flat je pun. Sedikit duit simpanan dan kenderaan sendiri.

“Kalau yang baca dah lebih 28 tahun dan tak ada seperti di atas, baik kau orang fikirkan hidup korang dan buat sesuatu. Tak payah la habis duit beli benda untuk tunjuk dekat orang yang kau kelas dan mampu,” katanya.

Dalam pada itu, Michael turut menyindir anak muda yang menunjuk barangan jenama mahal di media sosial tapi hakikatnya masih duduk dengan ibu bapa.

“Kepada anak-anak muda yang hari-hari kat sosial media post pakai Christian Dior, Louie Vuitton, Gucci, Iphone13 max pro, bawak BMW atau kereta import dan motor besar tapi masih duduk dengan mak bapak dan kena tanggung atau pun sewa bilik aje sebenarnya,” katanya.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju supaya membeli rumah. Namun, ada yang mengatakan tetapi tidak perlu menetapkan sebelum usia 28 tahun untuk memiliki rumah.