fbpx

Selepas mencipta kejayaan demi kejayaan dengan produksi beliau untuk tayangan televisyen, pengarah tersohor Michael Ang bakal kembali dengan sebuah filem arahan penuh beliau untuk tahun 2012.

Beberapa hari lalu, Michael Ang menerusi laman Youtube beliau melancarkan sebuah video teaser berdurasi 4 minit yang memberikan gambaran ringkas akan jalan cerita filem terbaru beliau itu.

Menurut Michael Ang yang berjaya kami temubual secara ringkas kerana sedang sibuk ketika itu mengesahkan yang Qada’ merupakan sebuah filem terbaru beliau yang kini sedang menanti tarikh tayangan di’pawagam.

Filem Qada’ yang menelan belanja lebih RM500,000 tanpa kos promosi ini membariskan pelakon seperti Marsha Londoh, Sharifah Sakinah & Amar Ashyraf yang ketiga tiga mereka merupakan teraju utama.

Kami secara peribadi suka’kan lakonan Marsha Milan Londoh dalam video teaser yang berlatar lagu nyanyian Agnes Monica. Nampak sangat hidup dan ingatkan kami kepada watak Izzah bawaan Maya Karin — tetapi ini lebih baik.