fbpx

Michael Ang Jual Baju Raya Untuk Berat Lebih 60Kg

Minggu lalu, isu mengenai komen pengkritik fesyen tentang peha melimpah menjadi bualan hangat netizen.

Isu tersebut mendapat perhatian selebriti tempatan yang turut meluahkan rasa marah dan terguris hati dengan kenyataan tersebut kerana seperti menghina golongan berbadan besar.

Tidak mahu melepaskan peluang dengan isu tersebut, pengarah terkenal Michael Ang megambil kesempatan untuk memperkenalkan koleksi baju Melayu jenamanya di pentas peragaan baru-baru ini.

Paling penting, baju Melayu tersebut dihasilkan khas untuk mereka yang berbadan gempal. Memang lain dari yang lain. Tak pernah lagi tengok pertunjukan fesyen yang menggunakan model berbadan besar.

Michael Ang turut memuat naik video pertunjukan fesyen tersebut di akaun Instagramnya dengan kepsyen yang memang sempoi habis.

https://www.instagram.com/p/Bhv_XZlBo0Q/?utm_source=ig_embed

“Ambik kau! I guarantee you all . Yang semua yang atas catwalk tu lebih Dari 60kg! ”

Rata-rata memuji Michael Ang kerana membuatkan mereka yang berbadan besar rasa bangga dan tidak rasa rendah diri dengan bentuk badan mereka.