Michael Ang Dedah Sudah Peluk Islam Setahun Lalu
Dikatakan sudah bergelar Mualaf semenjak mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu, pengarah dan penerbit, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.
Perkara itu didedahkan Michael sendiri menerusi satu video eksklusif. Menurut Michael, dia mendedahkan perkara itu bertujuan tidak mahu masyarakat memperkatakan mengenai status agamanya setiap kali dia menunaikan solat Jumaat di masjid.
BACA: Michael Ang Akui Marah, Maki Emma Maembong
“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.
“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.
Dalam pada itu, Michael memberitahu juga tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan serta meminta orang ramai mendoakan yang terbaik serta semoga penghijrahannya akan sentiasa diberkati.
“Sebenarnya kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar,” katanya.
Diruangan komen akuan Instagram miliknya, ramai netizen meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas penghijrahannya itu. Malah ramai yang mendoakan agar Allah sentiasa memelihara hatinya dan kekal istiqomah.
- SUMBER
- mStar Online
Alhamdulillah..subhanallah..semoga istiqomah..so boleh ke panggil Hang Mikail??
Selama ni pelik juga bila micheal selalu komen psl bnde berkaitan agama. Aku prnh tegur dia juga jgn masuk cmpur hal agama sbb byk jugak kes non muslim komen yg bukan2 psl islam. Tapi aku pelik je micheal ni mcm tau byk tentamg islam. Rupanya dh masuk islam. Tahniah dan maafkan saya wahaii micheal. Ang.
Membawang la lagi.. semua pahala ko dpt pada dia. Mmm
bkn mmebawang la makcik. ko boleh ke x mngecam. aku punye komen punye la gentle. lg pun aku msti nk tahu jika agama islam dipersenda. kan byk berlaku kes org non muslim yg x fhm psl islam tapi nk komen psl islam. ko mnyebok kat aku ni ko ingat x berdosa ke makcik. slmt mnymbut hari buruh.
Alhamdulillah, itu hari ada netizen ckp, jgn masuk campur urusan fathia buka tudung, sebenarnya masih tak tahu yg kamu dh masuk islam. Kenapa rahsiakn begitu lama. Apa2pun Selamat Berpuasa, Semoga Tahun ini membawa rezeki yg lebih kepada Michael Ang ye.
Tahniah saudara Micheal Ang..semoga terus istikomah..Selamat Menyambut Ramadhan..
Congratz & Slmt Brpuasa!
Alhamdulillah… moga diberkati n dirahmatiNya, tambah lg umat Islam didunia Aamiin YRA.
Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Congrats Michael Ang anda telah mendapat hidayah dari Allah, semoga sampai akhir hayat anda menjadi umat Islam yg berjaya dunia akhirat, Amin. Ramai org rasa gembira dn terharu dn ada yg sampai menangis bila dpt tau anda memeluk agama Islam Michael Ang, itulah indahnya agama Islam, moga anda sentiasa dilindungi dn diberi rahmat Allah, Amin.
Inilah keperibadian anda Michael Ang rasanya mcm betul iaitu mempunyai sifat pendiam, sihat fikirannya. Jika dididik dengan ajaran Islam yg betul, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Bila Allah bagi hidayah…ada diberi ada sebaliknya…Alhamdullilah MA…after so many disheartening news about senseless muslims artistes doing things that don’t make sense destroying their own reputations from the bottom i salute u brother…
*bottom of my heart
Alhamdulillah sesungguhnya hidayah itu milik Allah! Dia tau siapa yg layak dimuliakan dan Dia lbh tau sapa diantara org2 munafik dari kalangan org islam sendiri meninggalkan agamanya selangkah demi selangkah semata2 kerana perkara2 yg sia2!
Alhamdulillah.im happy for u.selamat menyambut ramadan abg micheal
Tiba2 akak nampak Michael Ang ni handsome & sangat manis. Syukur Alhamdulillah dik. Semuga terus istiqomah & selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.