Mia Sara Dikritik Gara-Gara Berbahasa Inggeris Di YouTube
Hanya kerana menggunakan bahasa Inggeris di video YouTube miliknya, pelakon Mia Sara dikritik serta dikatakan bangga diri dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa tersebut.
Tidak mudah melatah dengan segala kutukan dan kritikan diterima, Mia mengakui dia lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris serta berharap netizen menghormati pendiriannya.
BACA: Mia Sara Disuruh Buka Tudung Jika Nak Berlakon
“Saya lebih memilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris setiap kali saya buat video di YouTube. Jadi, jangan datang dekat saya dan beritahu ‘tak boleh bahasa Inggeris’ atau ‘bodoh orang Melayu tapi cakap bahasa pelik-pelik’.
“Bahasa Melayu… orang Melayu saja faham. Memang penonton saya seratus peratus Melayu? Eh ada ramai orang yang tak faham bahasa Melayu!,” katanya.
Memuat naik penjelasan di laman Twitter, rata-rata netizen bersetuju dengan Mia serta mengatakan penggunaan bahasa Inggeris dapat membantu memperlajari struktur ayat yang betul.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan tiada masalah untuk bercakap dalam bahasa apa pun tetapi lebih baik jika meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam video agar mudah difahami.
Membalas komen tersebut, Mia berkata jadualnya terlalu padat membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian apatah lagi dia tidak mempunyai penyunting video.
Apa pun Mia sudah pun memberi penjelasan dan diharap isu ini tidak berpanjangan. Sejak kebelakangan ini banyak pula isu melibatkan penggunaan bahasa Inggeris.
- SUMBER
- mStar Online
pada aku janji pandai cakap dan faham bahasa melayu. kalau pandai lebih satu bahasa tu kira talent la tu. suggest je la dia letak subtittle, yg marah2 sgt tu dh kenapa? lain la kalau dia ckp bahasa melayu tergagap bunyi itik. tu baru bengong, ddk malaysia dr lahir tp bahasa kebangsaan tak reti. pastu reti guna satu bahasa je. bangsa lain pun pandai 2-3 bahasa. sampai bila la melayu kena pijak dgn bangsa lain.
baru lps tgk unboxing dia beli pantyliner.english yg dia guna yg digunakan harian je..bukan yg tahap oxford university atau slang british …atau bahasa english purbakala..
mentqng2 lps kes kak dib tegur pasal english tu semua nk tegur gak…alahai malaysian oiii..cari idea lain lah plk..
kalau kes rogol..rogooooooooool je,kalau kes dera…deraaaaaaa je,kalau kes courier service..itu jeeeeee ,kalau kes ckp omputih…omputihhhhh je kuarnya…… x kretip sungguh ler malaysian ni….
Di youtube pun ada terserempak dgn org Indon yg anti English. Suka hati aku lah nak komen dlm bahasa apa pun. Bukannya aku mencarut atau berbahasa kasar.
Zaman tudung litup and cannot speak english ….
Tak lama lagi org malaysia kena pi cari makan di negeria la ….
Esp the melayus
biase la mne nk maju klau asik kecam jeee..support la sikit..