Mia Sara Bingung Ayat Selalu Diputar Belit, Netizen Suruh Cakap Melayu Je
Hangat diperkatakan mengenai isu ditegur pelakon Puteri Balqis, pelakon remaja Mia Sara ada memuat naik status di Twitter meluahkan rasa hairan kenyataannya sering disalah erti.
Menerusi status yang dimuat naik semalam, Mia Sara bertanyakan mengapa ayatnya selalu diputar belit oleh netizen.
BACA: Puteri Balqis Bengang Mia Sara Cerita Buruk Tentang Dirinya?
Status Mia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta dia bercakap atau menulis dalam bahasa Melayu agar kenyataannya tidak disalah erti.
Kata netizen lagi, perkataan bahasa Inggeris digunakan oleh Mia adakalanya ke ‘laut’ dan membuatkan orang menyalah tafsir apa yang cuba disampaikannya.
“Dah boleh tweet guna bahasa Melayu kot. Semakin awak guna bahasa Inggeris, semakin ke laut kenyataan dan persoalan awak.
“Kadang-kadang orang salah tafsir apa yang awak nak sampaikan Mia, sebab itu baik awak gunakan bahasa Melayu. Guna saja bahasa Melayu dik, senang. Baru semua faham dan tiada salah faham,” tulis netizen.
Terdahulu, Mia ditegur oleh Puteri Balqis yang menganggap pelakon itu bercakap buruk tentang dirinya selepas menjawab soalan netizen mengenai kehidupan Balqis.
Mia berkata tidak semua orang dibesarkan dengan agama sejak dari kecil jadi tidak perlu menyalahkan Balqis jika dia seperti itu.
- SUMBER
- mStar Online
Indonesia dan presiden jokowi tgh sibuk membangun, bukak ibu negara yg baru (Nusantara ganti Jakarta), facebook n paypal melabur di indonesia gila2 byk.
Malaysia dgn isu ketua macc nya, dgn court cluster nya, dgn gaduh politiknya memanjang x blh dok diam2 menyumbang kpd pembangunan negara…ni dgn isu remeh temeh retis la,, hiburan sampah cap ayam, drama ntahapahapa la…dah blh la start malu kat negara jiran dan rakyat2nya yg bertebaran di sini. Apa2 program yg asteruk siarkan, itu semua racun utk pemikiran melayu. Go on and destroy yourself klu still nk nonton show mcm tu
Alah sinetron indon tu jln citer ntah apa2 bersepah kt stesen tv Msia ni. Hrp pelakon jek laa cantik2 tp jln citer seribu sinetron dia kisah tu laa jugak kisah cinta 2 darjat cm citer zmn p.ramlee je.
Jokowi makin disegani dan steady. Ekonomi makin rancak.. Kita nye pemimpin makin hmmm…ekonomi makin hmmm..
ske mia tp kali ni setuju ape netizen tu ckp..
Puteri Balqis perasan lebih mengorat Raja Sulaiman kononnya dong.
Dah dahla…budak2 baru nak up ni…Mia pun patutnya takyah kasi kenyataan jgn jadi makcik2…act your age talk about being a teenager, fashion, your own aurat penghijrahan diri sendiri & minta maaf atas salah faham . Tak rugi pun…
Masing-masing ada mak bapak, biar mereka yang handle. Mak bapak perlu akur bahawa setiap zuriat yang dilahirkan menjadi tanggungjawab pasangan tersebut. Oleh itu netizen tak perlu nak bersindir2, nak bergaduh2 di SOCMED semata2 nak membetulkan pendapat sendiri. Buat tambah dosa kita aje.
@Bosan Gaduh..alah dosa konon, abih masuk sini kau rasa ni forum agama?
Biar lah dia nk komen…dia guna internet dia sendiri…bkn guna duit ko pun…ko pun duk masuk sini nak cari salah org…lantak lar org nk komen apa pun…x susah ke ko pun…hamperass betul….