Pelakon Ruhainies menafikan bahawa dia seorang playgirl kerana sebelum ini pernah dikatakan bercinta dengan aktor kacak, dan dakwaan terbaru mengatakan kononnya dia sekarang ini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Asyraf Aley.

BACA: Ruhainies Minta Datuk Red Cari Artis Lain Saja



“Saya tak kisah kalau orang nak gosipkan saya dengan mana-mana artis. Buat masa sekarang to be honest saya tak bercinta dengan mana-mana artis pun. Mereka semua kawan baik saya,” katanya yang ditemui di majlis sidang media Drama Festival Kuala Lumpur, (DFKL) 2017.

Tambahnya lagi, dia berkawan dengan pelakon-pelakon lelaki itu hanyalah untuk mendapatkan keserasian dalam lakonan sahaja, tetapi mungkin orang menyangkakannya bercinta pula.

“Saya selesa bekerja dengan mereka semua, lagipun saya buat untuk dapatkan chemistry dalam lakonan tetapi taklah sampai bercinta. Kalau sudah bercinta, saya sendiri akan maklumkan bahawa dia kekasih saya. Buat masa sekarang saya tak bercinta dengan sesiapa pun,” katanya kepada Rotikaya.



Sementara itu, Ruhainies memberitahu akan mengerjakan umrah bersama keluarga pada penghujung bulan depan. (rtky/h)