fbpx

Zarina Anjoulie Buang Tatu Di Badan, Satu Sesi Cecah RM500

Baru-baru ini perkongsian pelakon Zarina Anjoulie menjadi perhatian apabila memuat naik video melakukan rawatan membuang tatu di badanya.

Menerusi video itu, Zarina berkata ramai tertanya-tanya mengenai harga dan kesan yang dialaminya selepas melakukan proses membuang tatu. 

BACA: “Karma Is Real”- Zarina Anjoulie Sindir Awal Ashaari?

Menurtnya lagi, satu sesi membuang tatu mencecah RM500 dan sudah boleh nampak persembahan dengan sekali rawatan sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“1 sesi dalam lingkungan RM500. Ink hitam lagi senang keluar dari ink warna lain. Ink hitam dalam 1 sesi dah boleh nampak beza. Kalau 3 hingga 4 kali lagi nampak ketara jika dibandingkan dengan ink warna-warna yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina turut berkongsikan tahap kesakitan melakukan proses tersebut dimana dia mengatakan dia masih boleh menahan sakit.

“Level sakit yang boleh tahan. Bukan sakit gila pun,” katanya.

Difahamkan, tahun lalu juga Zarina ada memuat naik video i ke satu klinik bersama pelakon Zoey Rahman untuk membuang tatu yang ada di badannya.