Pelakon Elfira Loy berkongsikan pengalaman menakutkan ketika dia menjalani penggambaran sebuah drama di sebuah pusat penginapan di sekitar Hulu Langat.
Menerusi podcast SembangSeram, Elfira berkata gangguan berlaku selepas dia mengambil gambar berdekata sebuah pkok dan ketika itu hampir senja.
BACA: “Pergi Mana-Mana Orang Ejek, Buat Lawak Pasal Saya” – Elfira Kenang Kisah Putus Tunang
@sembangseram lepasni nk amik gambar kena hati2 weh? #Elfiraloy #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast
Menurut Elfira, sehari selepas dia mengambil gambar berkenaan, dirinya seolah tidak senang duduk sehingga diserang ‘anxiety’ serta rasa panas, malah lebih sebulan dia sengsara kerana gangguan tersebut.
“Lebih 30 hari saya berlakon dan lebih 30 hari juga saya sengsara nak melawan ‘benda’ itu. Cerita ini tentang budak-budak sekolah agama, jadi penggambarannya adalah di sebuah chalet yang berada di Hulu Langat. Chalet ini sangat cantik, jadi bila ada sahaja waktu rehat kami akan bergambar.
“Saya pula memang suka pokok-pokok dan bunga. Suatu hari saya pun bergambar berhampiran pokok dan ketika itu nak dekat waktu maghrib.
“Hari kedua saya rasa anxiety dan tak senang duduk jadinya. Rasa panas dan penat dengan penggambaran,” katanya.
Kata Elfira lagi, dia dibantu oleh seorang kru produksi yang memberitahunya bahawa dia telah diganggu oleh bunian yang dipercayai berkenan untuk menjadikan pelakon itu sebagai kawan.
“Ada seorang abang yang memang tahu tentang benda ini (mistik) dan dia selalu bertanya kepada saya, adakah saya okay. Dia pergi belakang saya dan dia rasa panas, katanya ada anak-anak bunian yang ikut saya.
“Saya baru teringat saya ambil gambar dekat pokok buluh, kata mereka itu adalah tempat bunian duduk dan anak-anak bunian main.
“Benda itu dah tertarik dengan saya dan anggap saya seperti kawan-kawan mereka. Ia membuatkan saya rasa lemah. Selain itu, ada juga benda jahat yang berminat dengan saya.
“Sebab bunian-bunian ni nak ikut saya kerana nama karakter itu adalah nama puteri mereka jadi mereka mahu jadikan saya puteri mereka,” katanya.