fbpx

Pelakon Abby Abadi berkata tidak sepatutnya anak perempuannya, Marissa Dania yang patut dipersalahkan sedangkan ianya turut dilakukan oleh Aslam namun orang ramai hanya menunding jari kepada anaknya.

Memetik Oh Bulan, Abby berkata dia turut merasa pelik kesalahan tersebut seolah diletakkan kepada Marissa sahaja seolah Aslam tidak bersalah apabila memilih untuk berpoligami.

BACA: Abby Abadi Dedah Aslam Bawa Grab & Berniaga

“Saya tak rasa hanya dia (Marissa) seorang yang patut dipersalahkan. Kenapa orang hanya menuding jari kepada Marissa seolah-olah Aslam tidak salah langsung. Saya rasa macam pelik sangat. Mereka gelar anak saya ‘penyondol’, habis yang lelaki tidak salah ke?

“Pada saya masing-masing ada salah sendiri. Kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Aslam dan isteri pertamanya,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata dia tidak pernah menyalahkan Memey berikutan apa yang terjadi dengan rumah tangganya terdahulu bersama Norman Hakim.

“Saya ‘throwback’ sikit masa saya dengan bekas suami dulu, saya tak pernah menyalahkan Memey sebab tak tahu pun mereka berkawan sampailah satu kejadian yang buatkan saya tahu. Masa tu saya tak salahkan Memey, saya salahkan Norman.

“Tetapi sekarang ini saya nampak orang lebih salahkan pihak perempuan. Sedangkan perkara ini berlaku melibatkan kedua-dua belah pihak. Perempuan dihentam bagaikan tiada hari esok.

“Saya rasa perkara ini tidak adil. Sampai anak saya cakap diri dia seorang ‘introvert’ pun orang marah. Sedangkan dia memang begitu. Jangan disebabkan satu kesalahan, orang menidakkan perkara yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Abby berkata dia sudah mula berlapang dada dan menerima sagala ketentuan yang berlaku serta meminta mendoakan yang baik-baik buat anaknya itu.

SUMBER: Oh Bulan