Pelakon Datuk Remy Ishak berkongsikan di awal pembabitannya dalam dunia seni bukan mudah kerana banyak kali ditolak ketika uji bakat.
Menerusi satu podcast, Remy berkata dia banyak melibatkan diri dalam sesi ujibakat namun sering ditolak kerana dikatakan tiada rupa.
BACA: Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Jadi Perhatian
“Alhamdulillah, saya bermula daripada ujibakat. Banyak tempat saya pergi, semua kena reject. Mereka cakap saya tiada rupa,” katanya.
Menurut Remy lagi, ketika itu banyak yang mencari wajah pan-asia serta berwajah kacukan untuk muncul di kaca televisyen.
Dedah Remy lagi, dia masih ingat lagi sehingga sekarangdengan kata-kata seorang penerbit terhadapnya bahawa dia tidak memiliki rupa paras yang komersial.
“Masa itu zaman pan-asia. Mereka mencari muka-muka yang kacukan seperti Danny X Factor, Diana Danielle. Saya pernah kena dengan satu penerbit yang saya ingat sampai sekarang. Dan saya pernah jumpa dia juga.
“Dia cakap saya boleh berlakon tapi rupa tak boleh jual. Sebab itu saya tak pernah masuk pertandingan macam Hero Remaja sebab saya tahu saya tiada rupa,” katanya.