Sedikit berita sukan tetapi bukan bola sepak, juara perlumbaan Formula 1 2009 kini menjadi milik Mercedes-Benz.
Pengerusi Mercedes-Benz, Dieter Zetsche bercakap menerusi sidang akhbar yang Brawn GP akan berlumba pada kejohanan 2010 dengan nama Mercedes GP Team.
Mercedes-Benz yang membekalkan segala kelengkapan enjin kepada pasukan Brawn GP & McLaren musim lalu akan terus menjadi pembekal kepada kedua-dua pasukan.
Namun, menjelang 2011, pegangan saham Mercedes-Benz dalam McLaren F1 Team akan di’serahkan kepada pihak lain.
Dalam kisah yang lain, pasukan Formula 1 Malaysia, Lotus F1 Team akan mengumumkan pemandu pertama mereka minggu hadapan.
Ini adalah berikutan pengumuman Tony Fernandes menerusi Twitter baru-baru ini & kini rakyat Malaysia masih berteka-teki siapa bakal memandu kereta F1 pertama Malaysia.