fbpx

“Merasa Jugalah Duit Bantuan Walaupun Sebelum Ini Tak Layak”

Sebut sahaja soal Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) pasti ramai yang telah merasa duit tu kan? Senang cerita siap bilang hari lagi bila lah agaknya duit BPN 2.0 nak masuk. Situasi ni pasti berlaku di kalangan anda. Jangan tipu, kami tahu anda buat begitu.Hihi

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Semua sedia maklum, BPN 2.0 dimasukkan ke dalam akaun secara berperingkat dan jumlah yang dimasukkan adalah mengikut kategori kelayakan anda. Mempunyai 4 kategori kelayakan seperti yang dipaparkan dalam infografik di atas membolehkan ramai rakyat Malaysia merasai duit bantuan ini.

Tapi tahukah anda, ada juga di antara kita melalui fasa-fasa kesukaran untuk mendapat BPN 2.0. Misalnya seperti Puan Hafiza yang sebelum ini tidak menerima BPN 2.0 dan bila kami selongkar kisahnya ini yang berlaku.

“Sebelum ini saya tak dapat duit tu, tapi saya pelik jugalah kenapa saya tak layak sedangkan orang seangkatan dengan saya layak. Jadi untuk dapat kepastian saya ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebab nak tanya kenapa tak dapat.”

“Bila dengar staf tu terang baru saya faham yang saya tidak kemas kini maklumat peribadi saya walaupun maklumat tu bagi saya kecil. Bila dapat tahu BPN 2.0 ni ada, saya memang teliti habis lah dan Alhamdulillah duit bantuan tu saya dapat.”

“Dengan duit tu dapat jugalah saya beli keperluan dapur dan belanja harian. Alhamdulillah lah dengan duit tu buat saya tarik nafas lega.” Kata Puan Hafiza yang merupakan seorang suri rumah.

Bila sudah dengar kisah Puan Hafiza ini kami nak ingatkan anda jangan lupa kemas kini maklumat peribadi anda, baru lah setiap kali duit bantuan masuk anda dapat. Kiki..

Lain pula kisah dengan Puan Mardiana yang memang sebelum ini menerima duit bantuan dari Kerajaan. Hasil temu bual kami mendapati yang Puan Mardiana pandai menguruskan duit bantuan tersebut.

“Memandangkan saya sudah berumahtangga dan sudah tentu saya perlu dan bersyukur dengan duit bantuan yang saya dapat ni”.

“Saya dapat bawah kategori B40, jadi duit tu saya dan suami buat belanja harian untuk makan kami sekeluarga dan ada juga saya gunakan untuk tambah modal berniaga. Tak banyak pun lah saya tarik duit bantuan tu ke perniagaan saya, sebab Covid-19 jadi saya terfikir untuk berniaga tudung.”

“Duit tu saya guna sikit untuk beli modal tudung dan jual kepada orang kampung. Okey juga sambutan nya. Saya memang bersyukur sangat dapat BPN 2.0 ni sebab dapat jugalah saya berniaga walaupun secara kecil-kecilan”, kata Puan Mardiana yang juga menjual secara dalam talian.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah tambahan bantuan kewangan dalam pakej ‘KITA PRIHATIN’. BPN bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Bantuan ini juga boleh dikatakan sebagai pelampung ketika kecemasan untuk kita semua bangkit kembali selepas anda di antara kita yang kehilangan pekerjaan. Nasihat kami gunakan duit BPN dengan sebaiknya barulah dapat menampung anda sekeluarga.