fbpx

Pasti ramai ingat lagi sebelum ini tular kisah pelakon Indonesia Galih Ginanjar menggemparkan media tempatan apabila menyamakan kemaluan bekas isterinya, Fairuz A. Rafiq seperti bau ikan masin.

Susulan tindakannya itu, pelakon berkenaan dikenakan hukuman penjara. Selepas dibebaskan awal tahun ini, Galih mengakui menyesal dengan tindakannya itu dan mahu memohon maaf.

Menerusi satu temubualnya di saluran YouTube Indonesia, Galih berkata dia sudah menyesal dan rindu akan anak lelakinya yang kini berada di bawah jagaan bekas isterinya.

 

Kata Galih lagi, dia sudah lost contact dengan bekas isterinya sekaligus menyebabkan dia tidak dapat lagi berhubung dengan anak lelakinya. Malah, dia pernah menghantar mesej di Instagram pada April lalu namun mesej tersebut tidak dibalas.

“Itu spontan kalau ngomongin Faaz gua sedih karena gua belum bisa jadi ayah yang baik buat dia. Terus gua juga belum bisa bersama dia, belum bisa ketemu dia.

“Karena gua sendiri untuk ketemu jujur malu, kenapa karena dengan kelakuan gua kemarin gua jadi malu untuk ketemu dia dan takut apa dia mau ketemu apa nggak,” katanya.

Dalam pada itu, Galih turut menceritakan keegoannya dahulu dimana dia sangat kesal apabila dia pernah berkata mahu membuat ujian DNA terlebih dahulu jika anaknya ingin bertemu dengannya.

“Gua pernah ngeluarin statemen kalau mau ketemu gua harus tes DNA dulu, itu adalah hal yang sebenarnya tidak boleh diucapkan pada saat itu, itu adalah bukti kemarahan dan keegoisan gua,” katanya.

Terdahulu, Galih dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun 4 bulan susulan kenyataan menghina bekas isterinya.