fbpx

Menteri Nafi Haramkan Konsert K-Pop Di Malaysia

Baru-baru ini, berlaku kekecohan di kalangan peminat K-Pop dimana ada laporan mendakwa kononnya artis Korea akan diharamkan untuk membuat persembahan di Malaysia menjelang tahun 2020.

Bagaimanapun menerusi Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, tampil menafikan kenyataan itu dan memaklumkan bahawa laporan tersebut tidak benar sama sekali.

Beliau memberi reaksi dan menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter berhubung satu kenyataan palsu  yang menyebut, “Kesemua artis Korea diharamkan untuk melakukan persembahan di Malaysia berkuat kuasa 2020.

“Kami di pihak kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melakukan sekatan,” dakwa kenyataan itu.