fbpx

Menjelang Aidilfitri, Raja Farah Alami Keguguran

Berita sedih menyelubungi keluarga Raja Farah menjelang Aidilfitri ini apabila pelakon wanita ini mengalami keguguran ketika sedang berniaga di sebuah karnival di Kuala Selangor. Ketika itu, kandungan berusia dua bulan.

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti”

“Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya,” kaatanya kepada BH Online.

Berikutan perkara berkenaa, dia terpaksa menutup gerai seterusnya mendapatkan rawatan di hospital bersama ibu bapanya. Walaupun keadaannya masih tidak tenteram ketika ini, Raja Farah dalam masa yang sama menyatakan bahawa kini keadaan dirinya kini bertambah baik. (rtky/s)