fbpx

Sering Jatuh Sakit, Shila Amzah Rasa Ada ‘Benda’ Mengganggu

Mengulas dakwaan dirinya terkena buatan orang, penyanyi Shila Amzah berkata dia sering jatuh sakit selepas berakhirnya program Gegar Vaganza musim kesembilan.

Memetik Kosmo, Shila berkata dia jarang keluar rumah untuk mengelak daripada terkena perkara yang bukan-bukan. Bagaimanapun, Shila berkata dia kini dalam proses untuk sembuh.

BACA: “Bekas Suami Patut Bangga, Siapa Lagi Nak Tulis Lagu Pasal Dia” – Shila Amzah

“Saya mengambil langkah berjaga-jaga. Sejak dua menjak ini, saya sering jatuh sakit juga sebenarnya. Selepas habis Gegar Vaganza (GV), selalu sakit.

“Sungguhpun begitu, saya cuba untuk tidak selalu keluar rumah atau berjumpa dengan orang sangat. Kalau keluar pun, atas urusan kerja atau bersukan bersama orang-orang yang saya percaya. Sekarang ini, saya sedang dalam proses untuk mendapatkan balik kesembuhan itu. Insya-Allah,” katanya,

Menurut Shila lagi, kesakitan dialaminya tidak menunjukkan perubahan selepas berjumpa doktor dan mengambil ikhtiar untuk mendapatkan rawatan moden serta tradisional.

“Benda tersebut (sihir) memang disebut dalam al-Quran dan ‘hidup’ di sekeliling kita. Jadi, untuk saya bukanlah satu benda yang luar biasa sangat.

“Cuma, saya sendiri tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Bila ‘terkena’, sudah tentu kita kena kuat semangat. Kena kumpul balik kekuatan untuk bekerja sebab benda begini macam gangguan contohnya membuatkan kita malas, ‘spacing’ dan kadang-kadang saya termenung entah kenapa.

“Nak cakap sesuatu tiba-tiba terlupa. Ada masa saya tak nak keluar rumah dan lebih suka menyendiri. Itu semua memang bukan saya,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kesihatan mental dialaminya, Shila berkata kemurungan yang dialaminya semakin pulih dan dia tidak mahu bergantung dengan ubat-ubatan sebaliknya mahu pulih secara semula jadi.

“Macam sekarang, saya selalu buat senaman pernafasan. Anxiety selalunya berlaku pada waktu malam. Antara dua sama ada terlalu tiada orang ataupun terlalu ramai orang. Masalah tersebut akan datang dalam keadaan yang tidak dijangka.

“Sekarang memang mengalami banyak masalah untuk tidur malam terutama selepas saya sakit waktu GV. Jadi sekarang, saya cuba nak kembali pada landasan walaupun kadang-kadang badan sakit tak tentu masa,” katanya.