fbpx

Meniarap Pun Suara Sedap, Fatin Afeefa Nak Nyanyi Baring Atas Meja Pula

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa ada memuat naik video menyanyi sambil membuat pelbagai gaya dan aksi yang menjadi perhatian ramai.

Rata-rata netizen memuji keluaran suara Fatin serta suaranya tetap sedap meskipun menyanyi dalam keadaan baring, duduk dan meniarap.

BACA: Noki Tak Tolak Jodoh Dengan Fatin Afeefa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Menerusi video dikongsikan, Fatin menyanyikan lagu Saat Hilang Cintamu oleh Siti Sarah dan Wajah Kekasih oleh Siti Nurhaliza.

Di ruangan komen, Fatin membalas komen sempat berseloroh akan menyanyi dalam keadaan baring di atas meja makan pula selepas ini.

Tidak kurang juga, ramai mahu Fatin segera merakam dan melancarkan sebuah single supaya tidak mensia-siakan bakat nyanyiannya itu.