fbpx

Letak Emoji Baby Boy, Neelofa Bakal Timang Bayi Lelaki?

Selepas sekian lama berteka-teki, selebriti popular Neelofa akhirnya membuka mulut bahawa dia kini berada di fasa terkahir kehamilan dan bakal menimang cahaya mata sulung.

Sebelum ini, perkongsian Neelofa menjadi perhatian apabila anak kepada Yang Di-Pertuan Agong menghadiahkan barangan bayi, kali ini memberikan makanan pula.

BACA: Neelofa Mengidam Nasi Dagang, Terus Dihantar Depan Rumah

Namun, bukan makanan yang menjadi perhatian sebaliknya emoji yang ditulis Neelofa dimana bekas pengacara MeleTOP itu menggunakan emoji bayi lelaki.

Kapsyen tersebut sekaligus membuat netizen tertanya-tanya adakah selebriti itu bakal menimang cahaya mata lelaki atau mungkin emoji itu digunakan secara rawak sahaja.

Terdahulu, Neelofa berkata dia kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi sulungnya bagaimanapun enggan mendedahkan jantina cahaya mata pertamanya bersama PU Riz itu.