fbpx

Sejak semalam nama penyanyi Ismail Izzani hangat diperkatakan apabila tular video seorang lelaki didakwa miripnya ghairah bercium dengan seorang wanita di kelab malam.

Menerusi video itu, lelaki mirip penyanyi itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk memeluk dan mencium pipi serta leher wanita berpakaian seksi itu.

BACA: Penyanyi Lelaki Popular Kantoi Cium Ghairah, Peluk Wanita Seksi Di Kelab Malam

Susulan penularan video itu, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata kecaman di ruangan komen Instagram milik Ismail.

Malah, rata-rata peminat meluahkan rasa marah serta mahukan penjelasan daripada penyanyi berusia 22 tahun itu.

Meskipun ramai mengecam, namun ada netizen memberikan nasihat kepada penyanyi itu supaya bertaubat serta menjaga nama baik keluarganya.