fbpx

Fathia Latiff Tak Kisah Hidup Membujang

Pelakon Fathia Latiff berkata dia selesa hidup bujang serta tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram, Fathia berkata dia memilih untuk menjalani kehidupan yang boleh membuatkan dirinya gembira dan bahagia.

BACA: Muat Naik Gambar Wanita Tak Berbaju, Netizen Saran Fathia Latiff Berubat

“Saya rasa saya akan menjalani kehidupan bujang kerana apa sahaja yang boleh membuatkan saya bahagia, saya hanya akan melakukannya,” katanya.

Sementara itu, Fathia berkata dia akan mendirikan rumah tangga apabila tiba masanya nanti namun dia gembira dengan kehidupan solonya kini.

“Kalau ada jodoh, adalah. Saya gembira menjalani kehidupan solo. Maksudnya saya pernah ada kekasih sebelum saya pernah ada kekasih,” katanya.

Sebelum ini, Fathia dilihat sering memuat naik gambar mesra bersama lelaki berbeza sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya teman lelakinya.

SUMBER: HibGlam