Seperti dijanjikan sebelum ini, Awal Ashaari melalui akaun Instagram beliau telah mendedahkan wajah dan nama anak sulung bersama isteri, Scha al-Yahya yang memang dinantikan oleh para peminat mereka sejak kelahiran lebih sebulan lalu.

“Salam Jumaat semua. name given is Lara Alana Ahmad Awaluddin. Have a blessed Friday all,” itu tulisan Scha Al-Yahya pagi ini buat semua yang ingin tahu.

Pasangan itu turut menyertakan gambar di atas yang difahamkan diambil ketika Lara Alana berusia 2 minggu. Memang comel dan semoga Lara dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya. (rtky/m)