fbpx

Tahun baru bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pasti ramai antara kita yang memasang impian untuk menjalani kehidupan lebih sihat untuk tahun 2020 dan ke hadapan. Sama ada anda baru mahu memulakan gaya hidup lebih sihat atau seorang atlit yang suka beraktiviti, Huawei kini tawarkan pakej hebat untuk memberikan pengalaman gaya hidup lebih menarik.

Pakej Kecergasan Together 2020 direka khas untuk mereka yang sukakan gaya hidup sihat dengan menggunakan teknologi terkini. Pakej ini hadir dengan fitness tracker, Huawei Watch GT, Freebud 3, Body Fat Scale di samping Huawei nova 5T yang serba canggih.

Anda boleh dapatkan semua peranti pintar tersebut pada harga hanya RM8.97 sehari dengan pelan bayaran yang sangat mampu milik dan berbaloi untuk meningkatkan kualiti kehidupan anda.

Telefon Pintar Canggih & Terkini Huawei nova 5T

Ramai sedia maklum yang Huawei nova 5T sebagai sebuah telefon pintar yang canggih lengkap dengan lima kamera berkuasa AI termasuk kamera selfie 32megapiksel. Teknologi AIS Super Night Mode membolehkan anda merakam gambar dan video dalam keadaan kurang cahaya dan malam.

Kamera utama di belakang Huawei nova 5T pula memuatkan kamera 48megapiksel, kamera super wide angle 16megapiksel, kamera macro 2MP dan kamera kedalaman 2MP yang membolehkan anda mengambil gambar dari sebarang sudut dan sebarang situasi dengan hasil paling memuaskan hati.

Telefon pintar Huawei nova 5T turut dikuasakan oleh cip pemproses tercanggih Huawei, Kirin 980 selain teknologi SuperCharge yang membolehkan anda memperoleh kembali 50% kapasiti bateri dalam masa 30 minit mengecas.

Pengesan Kecergasan Terbaru Huawei Watch GT 2

Dengan Huawei nova 5T yang serba canggih, pastinya sebuah ekosistem yang lengkap diperlukan untuk memaksimumkan penggunaan. Huawei Watch GT 2 merupakan peneman terbaik untuk telefon pintar ini untuk gaya hidup lebih sihat.

Anda tidak akan terlepas sebarang notifikasi penting bila Huawei Watch GT 2 disambungkan terus ke Huawei nova 5T sepanjang masa dengan mudah. Anda juga boleh membuat panggilan atau terima panggilan dengan mudah ketika melakukan aktiviti harian terus dari Huawei Watch GT 2.

Sebagai fitness tracker juga, anda boleh periksa tahap kesihatan dan heart rate anda pada bila-bila masa dengan Huawei Watch GT 2 dan aplikasi khas yang memberikan anda maklumat lengkap menerusi telefon pintar anda.

Lebih Fokus Dengan Huawei Freebuds 3

Ketika bersenam atau melakukan apa apa aktiviti kecergasan, fon telinga pastinya penting untuk memberikan fokus dan motivasi. Fon telinga Freebuds 3 dari Huawei memberikan pengurangan bunyi luar secara pintar untuk anda lebih fokus.

Dengan rekaan yang elegan dan selesa dipakai untuk jangkamasa panjang, Freebuds 3 turut memberikan pengalaman seamless apabila disambungkan ke telefon pintar Huawei nova 5T dengan teknologi Bluetooth terkini.

Pantau Kesihatan Badan Dengan Smart Body Fat Scale

Selepas semua yang anda lakukan untuk gaya hidup sihat, amat penting untuk anda pantau perkembangan kesihatan badan anda setiap masa dan Smart Body Fat Scale dari Huawei memang satu peranti pintar yang sangat anda perlukan.

Disambungkan dengan teknologi Bluetooth ke telefon pintar, anda boleh memantau berat badan, peratusan lemak (body fat %), berat otot, berat air dalam badan, BMI dan banyak lagi parameter penting dalam pemantauan kesihatan badan anda.

Kesemua peranti pintar Huawei di atas — Huawei nova 5T, Huawei Watch GT 2, Freebuds 3 dan Smart Body Fat Scale boleh jadi milik anda dari hanya RM8.97 sehari. Huawei Smart Life Package Together 2020 turut menawarkan pelbagai pakej lain yang sesuai dengan gaya hidup anda dan turut tawarkan pelan bayaran yang tidak membebankan.

Anda juga boleh mereka sendiri pakej peribadi dengan memilih mana-mana produk pintar Huawei dengan pelan bayaran yang sama. Mudah bukan?

Layari laman web rasmi Huawei untuk maklumat lanjut.