fbpx

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Watsons mengambil langkah insitif dalam melancarkan perkhidmatan khas, click & delivery untuk pelanggannya.

Anda hanya perlu klik butang ‘beli’ di laman web Watsons atau di aplikasi Watsons dan barangan Watsons pesanan anda akan sampai di depan rumah pada hari yang sama. Dengan cara ini, Watsons yang menitikberatkan kesihatan pelanggannya tidak menggalakkan pembelian di kedai memandangkan sepanjang tempoh ini anda dilarang untuk keluar rumah. Jadi boleh membeli melalui dalam talian barangan, kosmetik, kesihatan, mandian dan apa sahaja barangan Watsons akan sampai kepada anda.

“Dalam tempoh Kawalan Pergerakan ini, Watsons akan terus berkhidmat kepada pelanggan dan komuniti dengan menyediakan penghantaran yang inovatif kepada mereka. Kami menawarkan perkhidmatan Click & Delivery untuk memastikan pelanggan kami dapat membeli produk dari kedai kami dengan hanya duduk di rumah, “kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.

Perkhidmatan ini akan segera menggantikan perkhidmatan Click & Collect Express dalam tempoh PKP ini dan penghantaran dibuat di kawasan Lembah Klang sahaja. Apabila anda membeli-belah dalam talian dan pilih kedai terdekat anda dalam jarak 7KM. Dengan menggunakan perkhidmatan Click and Deliver ini anda boleh membuat pesanan dibawah 10kg dan caj penghantaran adalah sebanyak RM9.

Jika anda ingin mendapat barangan anda pada hari yang sama, anda haruslah membuat pesanan sebelum jam 4 petang. Manakala barangan pesanan selepas jam 4 petang akan dihantar pada hari berikutnya. Setiap penghantaran yang dilakukan adalah menggunakan khidmat penghantaran Grab.

Anda boleh membuat pesanan barangan Watsons anda melalui dalam talian di laman rasmi Watsons Watsons.com.my atau melalui aplikasi mudah alih Watsons. Sebelum anda send pesanan anda harus memilih Click & Collect Express semasa menyemak, dan anda akan menerima sms untuk memasukkan alamat rumah anda.

Maklumat lanjut, layaru Watsons.com.my atau muat turun Watsons mobile App di App store atau Google Play store.

Info Tambahan

Bagi anda yang ingin memborong di Watsons jangan lepaskan peluang untuk grab promosi hebat di Watsons. Antara barangannya adalah barang kesihatan, penjagaan wajah, kosmetik, barang mandian dan peribadi, dan generic items.

Kesemua barangan ini anda boleh borong dengan potongan harga sebanyak 60% untuk pembelian kedua. Masa ada promosi ni lah anda harus borong di Watsons.